PEKASA.ORG

 

 

 

 

PEKASA CORPORATION SDN BHD 758906-M ditubuhkan pada   31 Januari  2007. Sejak penubuhan syarikat, PCSB terlibat secara khusus dalam perkhidmatan perundingan kertas kerja projek dan pinjaman  serta penyelaras projek pertanian untuk peserta .Program Pembangunan Usahawantani Komersial diwujudkan untuk membantu melahirkan seramai mungkin usahawan tani yang berminat dalam menjalankan aktiviti pertanian secara komersial bagi menjana pendapatan lumayan dan menjadi uahawantani yang berjaya. PCSB sedang menyelaraskan program pertanian komersial di atas tanah seluas 2.4 hektar di Padang Kunyit, Bukit Pinang dengan tanaman cili fertigasi  sebagai tapak modul pembangunan pertaniannya untuk pendedahan secara praktikal kepada usahawantani dan bakal usahawan tani . Perkembangan Terkini

PEKASA TRAINING AND MOTIVATION CENTRE AS0298695-D dengan kerjasama CEDI UUM Sintok juga sedang berusaha  melahirkan beberapa usahawantani melalui kursus keusahawanan pertanian komersial dan akan menjadi mentor kepada usahawantani yang baru. Bimbingan teori dan praktikal yang berterusan sebagai mentor akan dilakukan oleh EASTERN SYNERGY CONSULTANT dengan kerjasama PEKASA CORPORATION SDN.BHD

 

 

 

KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN TANI KOMERSIAL MERANGKUMI BIDANG:

PERTANIAN CILI FERTIGASI DAN JAGUNG MANIS

 

TERNAKAN– BIRI-BIRI DAN AYAM KAMPUNG

 

 

KURSUS KEUSAHAWANAN PERTANIAN KOMERSIAL DI HOTEL EDC-UUM SINTOK KEDAH
GG

 

 
 

 

TESTIMONI PESERTA KURSUS

Kursus Keusahawanan Pertanian Komersial (Cili Fertigasi) anjuran PEKASA Training & Motivation di bawah kelolaan IPK UUM memberi peluang kepada graduan seperti saya untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Kursus ini telah membuka mata dan minda saya bahawa bidang keusahawanan mampu menjanjikan pulangan yang lebih baik berbanding bekerja dengan orang lain. Dalam masa yang singkat (2 hari), kursus ini nampaknya berjaya memecahkan minda (terutamanya orang Melayu seperti kami) betapa besarnya peluang dan ruang yang masih boleh diisi untuk bidang ini. Dengan konsep contract farming yang di ketengahkan dan pemantauan berterusan selama 2 tahun oleh PEKASA dan IPK UUM, diharapkan dapat membimbing semua peserta untuk terus berjaya dalam projek yang akan dilaksanakan. Terima Kasih kepada PEKASA dan IPK UUM kerana memberi peluang kepada kami. Diharapkan agar kursus-kursus seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Ahmad Maulidzi Ismail

Assalamualaikum wbt

Saya Normazwan Aini daripada Terengganu.Saya amat berpuas hati dengan kursus fertigasi yang pihak PEKASA bersama IPK UUM adakan bermula pada 19-21 Disember baru-baru ini.Selama kursus 3H,2M yang bertempat di EDC UUM,saya banyak didedahkan dengan modul keusahawanan & cili fertigasi.Daripada situ,saya dapat gambaran sebenar tentang bidang keusahawanan di mana cili fertigasi boleh dikomersialkan sampai ke luar negara dalam pelbagai bentuk/produk. Ia juga melibatkan banyak agensi kerajaan serta bantuan pembiayaan juga disediakan kepada sesiapa yang layak.Disamping itu juga,dengan pendedahan daripada Tuan Haji Abd Wahab, drp IPK UUM...saya difahamkan negara kita memperuntukkan lbh RM100J setahun mengimport lada/cili daripada negara2 luar. Sekarang sudah menjadi tanggungjawab kita membantu negara kita dengan mengurangkan kadar import dengan meningkatkan produktiviti cili fertigasi untuk pasaran tempatan & juga luar.Semasa sesi lawatan ke ladang cili di Pendang,saya cukup tertarik & bersemangat untuk memulakan projek tanaman cili fertigasi di tempat saya secepat mungkin.Bayangkan,cili boleh ditanam tanpa mengunakan 'rain shelter',memerlukan kos yang minima, hasil yang amat memuaskan.cili-cili yang saya lihat di ladang tersebut semuanya mlebihi 1 jengkal jari saya.cukup memberangsangkan...Tahniah & ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini."Pertanian Adalah Perniagaan". Normazwan Aini Mahmood

 

 

 

STAFF WEBMAIL

ID
KOD
Channel

  

KURSUS KEUSAHAWANAN BERSAMA MARA PERLIS

LOKASI KAMI

Lot 3.3 Plaza Alor Setar,
Jln Stesyen off Jln Langgar,
05000 Alor Setar, Kedah


OFFICE:
TELEFON/FAX: 04-7324045

HUBUNGI KAMI
H/P: 019-4704590/019-5473489

EMAIL:

pekasa_org@ymail.com

KALENDER

PRODUK KELUARAN USAHAWAN KAMI

ORGA CAFE

GABUNGAN KOPI ASLI + HERBA TERPILIH

LAZAT SAMBIL MERAWAT PENYAKIT. KETAHUI LANJUT

PENGEDAR DIALU-ALUKAN. HUBUNGI 019-4704590/ 019-4782511/019-4700296

 

Sesungguhnya ALLAH tidak

mengubah nasib sesuatu

kaum sebelum kaum itu

sendiri yang mengubah

apa yang ada pada

dirinya sendiri

Surah AR-RAD, Ayat 11

 

Marilah sama-sama berusaha ke arah kecemerlangan. Moga hari esok lebih baik daripada hari ini.

 

 

 

 

[